Ragam Kedai Makan

Aku memilih topic di atas untuk tidak lari daripada konsep blog aku nie yang selalu membincangkan tentang dunia perniagaan. Sepanjang 10 tahun aku merantau di Kuala Lumpur nie, banyak kedai-kedai makan yang aku dah test. Aku nie jenis yang suka pergi try makan kat restoran-restoran makan especially restoran yang offer makanan yang menarik. Jadi sepanjang pengalaman aku pergi ke kedai makan nie, adakalanya aku menerima layanan yang tidak sepatutnya dan tidak kena dengan konsep ‘customer is always right’. Jadi kedai-kedai yang bagi layanan macam hampeh selalunya tobat aku takkan pergi dah walaupun makanan kat situ sedap dan murah.

Pelbagai jenis layanan yang tidak memuaskan aku pernah terima dan aku senaraikan jenis-jenis layanan yang bagi aku , adalah tidak patut diamalkan oleh pengusaha kedai-kedai makanan di Malaysia ini.


Makanan Lewat Siap

Ini antara layanan yang aku selalu terima di kedai-kedai makan. Aku pernah paling lama tunggu dekat sejam menunggu makanan macam buah masak yang tak gugur2. Yang paling aku benggang sekali , dahlah lamer giler tunggu alih2 minta maaf kat aku pun tak. Ini ker adab orang melayu? Dah tau buat silap, mintaklah maaf, ambik hati customer tue.

Kadang-kadang yang lebih membuatkan hati aku bengkak biler kita tunggu punya lama, alih2 baru dia datang bagitau yang bahan untuk nak masak order kita tue tak cukup dan kena order baru.. mahu aku rasa nak campak meja makan kat tokey tue.. perut dah lapar, pulak kena layanan macam nie.



Layanan Berat Sebelah

Ini selalu terjadi pada zaman aku tengah bercouple dan takder anak lagi biler pelayan kedai makan tue utamakan orang lain especially orang yang datang berkeluarga. Yerlah, diorang ingat couple yang datang makan ni selalunya tak berduit sangat dan akan order yang simple-simple jer. Selalunya, pelayan kedai ini akan lewat ambik order dari kitaorang nie dan kadang-kadang walaupun kita dah sampai awal, alih2 order kita tak sampai lagi tapi order dari family yang besar nie pulak dah sampai. Kan pelik tue.

Ambik Kesempatan

Ini pun kadang-kadang aku terkena. Ada sekali tue aku pergi makan kat restoran makanan segera yang jual makanan tempatan mcam laksa dan mee kat Tmn Maluri. Biler dah habis makan tue aku pun bayar kat cashier dia tue. Lepas dah bayar tue, aku pun check harga kat resit dan aku tengok ada makanan lain yang termasuk walaupun aku tak order. Aku pun bagitau ler kat cashier tue dan dia pun check balik dan kira semula. Tapi aku tak puas hati pasal cashier sikit pun tak senyum dan minta maaf pun tidak. Memang lepas tue aku tak pijak dah restoran tue walaupun cawangan dia banyak kat merata shopping mall. Aku nasihatkan korang supaya kalau boleh check betul ker tidak harga makanan yang kita nak bayar tue. Kadang2 tue diorang sajer jer overpriced.


Makanan Tak Sedap Langsung Dan Harga Mahal


Ini memang selalu terjadi kat aku. Harga makanan punyalah mahal dan tak berbaloi dengan rasa makanan tue. Dahlah satu hal makanan tue rasa tak sedap, lepas tue charge kita mahal pulak tue. Ini selalu terjadi pada kedai yang baru start berniaga. Dari luar kadang2 nampak gah jer dia punya hiasan tapi tang makanan dia punyalah hampeh. Aku raser tokey kedai tue bukannya nak jual makanan tapi charge kita sebab duduk dalam kedai dia yang lawa tue.

Kotor dan Geli

Aku kalau boleh tak nak ler makan kat kedai2 yang kotor nie. Tak selera tekak aku nak makan kalau tengok tandas kat kedai tue kotor sangat. Orang cakap kalau nak tau kedai tue bersih ker tak, pergi tengok tandas dia dulu. Kalau bersih baru order makan.

Lagi satu, pantang aku kalau tukang masak tue jenis perokok dan tak tau jaga kebersihan. Aku tak kisah kalau dia nak hisap rokok tapi biler dah habis hisap rokok tue , basuhlah tangan sebelum start memasak dan pegang2 benda lain. Ini tidak, terus start masak tanpa basuh sikit pun tangan tue. Untuk perhatian, kalau boleh jangan beli ice cream cone kat penjual ice cream yang bermotosikal yang selalu ronda2 kat taman2 permainan tue kalau dia seorang perokok. Memang confirm dia tak basuh tangan lepas hisap rokok sebab mana dia bawa air basuh kecuali kalau dia ada dalam botol. Habis hisap rokok terus pegang cone ice cream tue dan kita pulak boleh siap makan cone tue sampai habis..issh geli siot.

Layanan Kurang Ajar

Kadang-kadang kedai makanan tue memang sedap dan murah, tapi dari segi layanan tue memang failed. Tapi layanan yang aku paling aku benggang ialah layanan kurang ajar dari sesetengah pelayan tue. Ini adalah kisah benar aku, kat satu restoran kopitiam kat area wangsa maju. Kopitiam nie merupakan cawangan kedua selain satu di area UKM.

Waktu aku sampai tue memang tak ramai orang , tak silap aku ada 3-4 meja jer. Aku pilih tempat dekat dengan counter dan aku pun order ler air ( bukan air kosong) dan makanan tak silap aku , aku order bihun tomyam kot untuk wife aku dan untuk aku, aku pun dah lupa.

So tak sampai lima minit, ada pelayan datang hantar bihun tomyam tue kat meja aku dan aku pun terkejut gak pasal apasal cepat sangat. So wife aku pun tanyalah mana sudu dan garpu sedap pelayan tue bagi chopstick. Tapi tiba2 pelayan tue datang ambik balik bihun tomyam tue pasal silap meja. Aku pun dah mula rasa tak sedap hatie nie. Alih2 pelayan tue datang balik dan bagi balik bihun tomyam tue kat meja aku balik dan kata memang bihun tue untuk meja aku. Wife aku pun ambik sudu dan baru nak mula makan, datang balik si pelayan celaka tue ambik bihum tomyam wife aku tue dan bawa ke meja lain. Aku dengan panas hati ajak wife aku blah dari kedai tue sambil maki hamun pelayan tue.. bodoh nak mampus. Dah ler air minuman aku tak sampai2, boleh pulak buat kurang ajar macam tue. Aku tanya air aku mana, boleh plak diorang hantar air kosong kat aku…memang mangkuk punya kedai. Itulah species kedai melayu, baru maju sikit dah bagi layanan sial.

Read more...

Harapan Aku



Aku sebenarnya dah lama tak mengupdatekan blog aku nie sebab agak sibuk dengan persiapan menyambut hari raya dan tak kurang jugak dengan kerja-kerja yang bertimbun di pejabat. Tetapi alasan utama kenapa agak lama aku menyepikan diri ialah kerana rasa penat yang melampau apabila pulang dari kerja… yerlah, korang bayangkanlah aku tiap2 hari kena berulang-alik dari rumah ke tempat kerja sejauh 100km sehari dan biler dah sampai rumah tue, badan aku pun dah letih, dan selalu aku masuk tidor awal, lebih kurang jam 10 malam. Yerlah, esok pagi dah nak kena bangun jam 5.40 pagi. So aku pun tak bukalah computer aku tue sebab badan dah letih, tambah2 pula dalam bulan posa.

Actually aku tinggal di Setapak, Kuala Lumpur tapi office aku kat Bandar Diraja Klang. So korang bayangkanlah berapa jauhnya perjalanan aku setiap hari.. selama 5 tahun aku lalui perjalanan ini. Dengan kenaikan harga minyak dalam tahun nie yang meningkat secara melampau, secara langsungnya kos perjalanan aku pun turut bertambah. Dah ler gaji aku tak banyak kalau nak dibandingkan dengan member2 aku yang kerja kat private, nak minta tukar balik ke cawangan di Kuala Lumpur pun tak pernah berjaya.. aku pun naik hairan dengan orang kat bahagian sumber manusia nie, diorang tue takkanlah tak paham masalah yang aku hadapi sekarang nie..takkan sampai aku nak kena bayar duit pelincir kat diorang tue, sedangkan member2 aku yang car pool dengan aku selama ni pun dah dapat pindah KL.. tinggallah aku terkontang-kanting sorang diri menanggung beban lebih kurang RM 600 sebulan semata-mata bayar duit tol dan minyak.

Setakat nie, dah 2 kali permohonan aku untuk bertukar telah ditolak tanpa alasan. Sampaikan aku dah naik menyampah dan tak puas hati dengan bahagian sumber manusia nie.. tapi minggu lepas aku terus call bos bahagian sumber manusia untuk jelaskan ketidakpuasanhati aku kat dia, dan dia berjanji untuk cuba bantu aku untuk luluskan permohonan pertukaran aku nie.. so aku berharap dia dapat tolong aku kali nie sebab aku rasa dia faham dengan kesukaran yang aku hadapi sebab dia pun duduk dekat dengan taman perumahan dengan aku. So kita just wait and see bulan depan samada permohonan aku berjaya ataupun tidak.

Terus terang aku cakapkan bahawa aku sebenarnya masih bersabar lagi untuk menanggung kos perjalanan aku tue tapi yang paling aku tak tahan ialah keletihan yang aku alami. On average, aku spend satu jam untuk perjalanan sehala dari rumah ke office aku tue, so satu hari aku spend 2 jam just semata-mata untuk perjalanan. Kalau nasib tak baik, melarat sampai 3 jam sebab traffic jam. Dan mata aku pun kadang-kadang naik mengantuk bila memandu kat highway tue, karang naya aku tertidor plak.. tapi orang kat HQ tue tak pernah pun terfikir masalah yang aku hadapi nie.. bukannya aku nak cakap yang diorang nie tak professional , tapi in fact, memang diorang tak professional, cuba korang bayangkan ada sorang staff tue tak sampai setahun dah dapat pindah sedangkan aku dah masuk 5 tahun pun tak dapat pindah-pindah lagi. Apa kena dengan diorang entahlah..

Satu-satunya anak aku pun dah masuk umur 3 tahun dan aku pun dah mula plan nak tambah ahli keluarga tapi tuelah, biler nak tambah anak nie, semua kos nak kena ambik kira, belanja nursery, belanja pamper, belanja susu dan lain2 lagi. Tapi yang paling bermasalah ialah isteri aku. Aku sebenarya kesian dengan wife aku tue kalau dia mengandung kali nie, yerlah, dialah yang nak kena persiapkan anak aku tue sorang-sorang untuk ke nursery sedangkan aku sebelum 6.30 dah dok atas highway. Tambah2 pula anak aku sorang tue agak aktif orangnya.. dan aku cukup risau kalau wife aku naik tension disebabkan hal nie. At least, kalau aku dapat pindah kerja kat KL, aku boleh la bertolak ke tempat kerja lewat sikit, korang bayangkanlah kalau aku dapat pindah ke satu cawangan di tempat aku tue, tak sampai 5 minit pun dari rumah aku ke office tue. Pukul 7.50 pagi pun aku baru keluar rumah. Tapi tuelah, bukan rezeki aku lagi kot kali nie. Tapi bila difikir2kan, elok gak kalau aku ambik orang gaji untuk selesaikan masalah aku nie. Tapi tuelah, aku takut tak cukup bajet plak nak bayar gaji orang gaji tue… dah paling penting, dah takder privacy dalam rumah aku tue kalau ambik orang gaji nie..

Member-member kat office tue ada gak yang cakap kat aku, aku nie sebenarnya bernasib baik kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Nasib diorang tue mungkin lagi teruk daripada aku tapi tuelah, aku akui aku bersyukur kerana masih lagi dapat menatap muka keluarga aku tiap2 hari walaupun jauh berulang-alik kalau nak dibandingkan dengan orang yang lagi jauh berjauhan dengan keluarga dia. Tapi, masalahnya sekarang ialah kenapa diorang tak compare jer aku dengan budak2 lain yang mana nasib diorang tue lagi baik dengan aku, cuba korangkan bayangkan ada satu suami isteri ini yang kerja satu office dan tinggal tak sampai 10 minit pun dari office sedangkan nasib aku lagi teruk daripada diorang nie.. dan tambahan pulak, aku dah kerja kat Klang nie dah 5 tahun dan aku percaya bahawa permohonan aku untuk bertukar adalah amat2 bermunasabah jika dibandingkan dengan orang yang kerja tak sampai 2 tahun dan dah mula nak mintak tukar. Lagipun, lainlah kalau company aku kerja nie tak ada cawangan di KL, sedangkan in fact, ada 6 cawangan company aku nie kat KL, so tak logiklah kalau diorang nie tak boleh pindahkan aku kat mana-mana 6 cawangan nie.

Tapi ada gak yang cakap aku nie jenis memilih cawangan… yer betul, aku akui bahawa aku memang ingin bertukar ke KL tapi aku pun tak ingin nak bertukar kalau tak pindah ke cawangan yang aku minat. Yerlah, bagi aku, aku tak ingin kerja semata-mata untuk terima gaji tapi kerja yang aku buat tue tak kena langsung dengan kelayakan akademik aku dan minat aku. Walaupun office baru aku tue dekat dengan rumah aku tapi kerja yang aku kena buat tak menepati minat aku, aku rasa macam tak berbaloi. Wife aku pun bising kat aku, dia cakap, tak kisahlah kerja apa pun, asalkan dekat dengan rumah. Tapi aku ada pendirian aku sendiri, aku bukannya nak memandang hina kepada pegawai lain yang buat kerja-kerja yang aku tak minat tue, tapi ituelah, aku rasa macam tak berapa kena kalau aku buat kerja tue dengan kelayakan akademik aku dan minat aku. Aku bagi contohlah, kalau aku dipindah ke satu cawangan ni, kerja utama aku ialah mengutip bayaran daripada pelanggan2 company aku, di mana aku perlu menghubungi mereka samada melalui surat mahupun secara telefon. Pada pendapat akulah, mungkin pendapat orang lain berbeza, kerja2 macam nie sebenarnya tak ader kaitan pun dengan kelayakan akademik aku dan aku percaya semua orang berkelayakan membuat kerja tersebut. Dan yang paling teruk aku dengar ialah, once ko dah masuk ke cawangan ni, jangan harap ko dapat pergi tempat lain. So buat apa aku nak masuk ke cawangan ni kalau aku tau ianya pasti membosankan hidup aku.

Harapan aku ialah agar permohonan terbaru aku ini akan diluluskan. Kalau diluluskan, banyak benda yang aku plan nak buat seperti menceburkan diri dalam bidang hartanah lelong. Tapi sebenarnya semuanya still dalam perancangan awal aku untuk tahun 2009. Untuk makluman, buat pertama kalinya, aku akan cuba masuk jualan rumah lelong pada hari sabtu ini. Wish me luck.

Read more...

Jutawan Motor

Kali ini saya ingin berkongsi kisah kejayaan seorang lagi tokoh usahawan Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Datuk Low Boon Siew. Tokoh yang memperkenalkan motosikal Honda di Malaysia. Ikuti Kisah Beliau.

Datuk Low Boon Siew

Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya.

Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersukaria tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas.

Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, beliau kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.

Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar di negara ini sejak 3 tahun lalu.

Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak begitu pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu beliau memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.
Apa yang dapat dipelajari daripada kisah Datuk Low Boon Siew ini ialah, dalam menjalankan sesuatu perniagaan, kita tidak boleh patah semangat dengan segala halangan yang datang. Walaupun dikutuk atau ditertawakan, itu bukan satu faktor untuk menghalang kejayaan tetapi jadikan ia sebagai pendorong untuk kita lebih maju dan berjaya.

Satu lagi faktor kejayaan beliau adalah bijak mengambil peluang. Dengan memperkenalkan model motosikal yang belum pernah ada di Malaysia pada masa itu. “Be the first”.

Read more...

Dari Kerja Bank Jadi Usahawan

HATI ibu mana tidak luluh jika mengenangkan anak terlantar sakit tetapi dia ada beratus-ratus kilometer dari rumah atas urusan perniagaan.
Apakan daya, mahu tidak mahu terpaksalah Norhasnidar Mohd Nor, 36, atau lebih mesra dipanggil Mimie telan semua kesedihan itu demi membina perniagaan yang bakal memberi kesenangan hidup buat anaknya.
Mimie yang mempunyai tiga anak lelaki dan seorang perempuan berusia 18, 15 (perempuan), 13 dan empat tahun berusaha keras untuk membina empayar perniagaan di bawah jenama Halaalan Thoyyiba, produk penjagaan seisi rumah yang menepati keperluan umat Islam di negara ini iaitu produk halal.
Demi membangunkan perniagaan itu, Mimie banyak berjauhan dengan keluarga. Nasib baik ibu bapanya, Mohd Nor Abd Rahman, 70, dan Mahani Mohd Yusof, 63, sedia menemani anak di rumah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.Menurut Mimi, dia dengan ditemani suami sering ke Johor, Pantai Timur atau Utara Semenanjung untuk memperkukuhkan perniagaannya.
“Ada masanya saya hanya mampu menangis apabila mengenangkan anak paling kecil di rumah yang demam di Kuala Lumpur tetapi saya jauh di Terengganu.
“Risau dan bimbang usah ceritalah, sedangkan apa yang dapat saya buat hanyalah berdoa dan menelefon, sekurang-kurangnya anak dapat mendengar suara saya,” katanya ketika ditemui di pejabat syarikatnya, BNZ Marketing di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bagi meluangkan masa Mimie dan empat anaknya, setiap ruang masa cuba diisi dengan kegiatan bersama. Contohnya, apabila anak kedua dan ketiganya, Sofea Balqis dan Mohd Shafiq Shafri Shubli pulang dari sekolah, mereka terus ke pejabat BNZ Marketing di Jalan Raja Muda Aziz.
“Saya kena bahagikan masa antara perniagaan dengan anak. Kalau boleh, anak sepanjang masa dengan saya, balik sekolah terus datang ke pejabat ini, duduk dan buat kerja di sini.
“Anak tak kekok di pejabat sebab dulu pejabat ini adalah rumah kami, lagi pun di tingkat satu (tingkat bawah pejabat) adalah rumah kakak saya, malam baru balik ke Wangsa Maju.
“Di rumah, ada pembantu rumah uruskan keperluan dan ibu bapa saya juga tinggal bersama kami, jadi mereka turut tolong tengok-tengokkan anak, terutama apabila saya dan suami ke luar daerah,” katanya.
Anak sulungnya, Mohd Ashraf, tamat tingkatan lima dan kini bekerja dengan Mimie sebagai didikan awal untuk mewarisi empayar Halaalan Thoyyiba. Cuma tinggal anak paling kecil, Ariff Daniel yang dijaga ibu bapa Mimie.
Menurut Mimie, cabaran membangunkan BNZ Marketing datang dalam pelbagai bentuk, termasuk cemuhan masyarakat terhadap produk keluaran Bumiputera selain kemampuannya yang diragui, apa lagi beliau wanita.
“Ramai juga memperlekeh kemampuan orang Melayu dalam perniagaan. Mereka dok kata, boleh jual ke produk Melayu?” katanya yang menjadikan sikap sebilangan masyarakat itu sebagai pendorong untuk membuktikan kejayaannya sebagai usahawan berjaya.
Menyentuh usaha niaganya, Mimie berkata, minat perniagaan disuburkan ketika menceburi bidang jualan langsung selama lima tahun hingga berjaya meraih peringkat kedua tertinggi atau ‘Diamond’ yang melayakkan beliau menikmati pelbagai kemudahan dan ganjaran wang yang lumayan.
Ketika itu beliau masih bekerja di bank di ibu negara.Bagaimanapun beliau tidak puas dengan pencapaian itu, apa lagi mengenangkan hasil kerja keras itu sebenarnya ditumpukan untuk orang lain.
“Mula-mula saya tidak terfikir langsung untuk menceburi bidang bisnes. Apa lagi hendak keluarkan produk sendiri. Bermula dengan jualan langsung selama lima tahun, saya belajar selok-belok berniaga dan belajar perhubungan pelanggan,” katanya.
Sebenarnya, bakat anak bongsu daripada tiga beradik ini disemai sejak di bangku sekolah apabila sering membantu ibu menjual sate di medan selera di Labuan dari jam 4.30 petang hingga 11 malam.“Saya kurang minat jual sate, apatah lagi kalau nak jadikan profesyen, sebab itu apabila tamat sekolah tingkatan enam, saya bekerja dengan sebuah bank di Kuala Lumpur.
“Siapa sangka, rupa-rupanya saya ada bakat terpendam untuk menjadi usahawan,” katanya tersenyum.
Berbekal pengalaman dan kemahiran dalam pemasaran sepanjang berkhidmat dengan syarikat jualan langsung, Mimie tekad berhenti kerja bank yang disertainya selama 13 tahun untuk memulakan perniagaan sendiri pada 2006.Beliau bermula dengan memasarkan produk import secara kecil-kecilan dan pada masa sama menumpukan usaha penyelidikan untuk mengeluarkan produk sendiri dan mengenal pasti pasaran serta produk halal yang mendapat permintaan tinggi, terutama di kalangan penduduk di luar Lembah Klang.
Katanya, selepas menempuh pelbagai cabaran dan rintangan, bermula dua bulan lalu sebanyak 13 produk penjagaan seisi rumah di bawah jenama Halaalan Toyyiba mula beredar di pasaran dan promosi secara besar-besaran diadakan di seluruh negara, terutama Johor dan Pantai Timur.

PROFIL
NAMA: Norhasnidar Mohd Nor
UMUR: 36 tahun
JAWATAN: Pengarah Kewangan dan Pemasaran
PENDIDIKAN: Tingkatan Enam SMK Labuan
ASAL: Wilayah Persekutuan Labuan
ANAK: Mohamad Ashraf Shubli (18), Sofea Balqis (15),
Mohd Shafiq Shafri (13) dan Ariff Daniel (4)


Sasar jualan RM1.5 juta sebulanBNZ Marketing mensasarkan produk penjagaan diri seisi keluarga jenama Halaalan Toyyiba mencapai jualan bernilai RM1.5 juta sebulan bermula tahun depan melalui rangkaian 1,000 pengedar di seluruh negara.
Pengarah Kewangan dan Pemasarannya, Norhasnidar Mohd Nor, berkata unjuran jualan itu dibuat berdasarkan promosi besar-besaran, penyelidikan pasaran dan pelantikan pengedar baru yang giat jalankan di luar Lembah Klang sejak dua bulan lalu.
Beliau yang juga lebih mesra dikenali sebagai Mimie berkata, sehingga kini BNZ Marketing mencatat jualan mencapai RM100,000 sebulan daripada rangkaian 200 pengedar dengan sambutan hebat yang diterima, terutama di Johor dan Kelantan, selaras dengan jumlah ejen pengedar yang paling ramai di kedua-dua negeri itu.
“Daripada 13 produk penjagaan diri seisi rumah, Q-Booster untuk meningkatkan kecerdasan dan kopi tenaga 3 dalam 1 Magic Power Cafe paling mendapat sambutan dan laris di pasaran.
“Kami yakin produk ini berupaya menawan minat pembeli, terutama masyarakat Islam, berikutan kelebihan produk 100 peratus halal.
“Pembuatan produk berasaskan herba turut menjadikan permintaan terhadap kedua-dua barangan itu terus meningkat,” katanya.Menurutnya, pemasaran produk Halaalan Toyyiba dirangsang lagi oleh pembungkusan moden, cantik dan terkini seperti penggunaan cawan bagi kopi dan kotak bagi produk lain, menjadikan ia dapat menarik minat pembeli berbanding pembungkusan biasa yang mudah dan ringkas.
Katanya, BNZ Marketing mendapat pendedahan meluas mengenai teknologi pembungkusan itu hasil bantuan dan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).Selain itu, katanya, usaha promosi produk Halaalan Toyyiba secara besar-besaran pula mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec).
Mimie berkata, BNZ Marketing kini merangka usaha membina kilang lebih besar bagi meningkatkan pengeluaran produk Halaalan Toyyiba berbanding beroperasi masa ini di sebuah kilang kecil di Kampung Baru.
Sehubungan itu, peniaga yang berminat menyertai rangkaian pengedar produk Halaalan Toyyiba boleh menghubungi BNZ Marketing di alamat 169-E, Jalan Raja Muda Abd Aziz, Kampung Baru, 53000 Kuala Lumpur atau e-mel admin@bayar2u.com atau menghubungi talian 03-26943231 atau 019-6160033

Read more...

Mat despatch jadi tauke



Miliki syarikat pengahantaran sendiri, Kumpulan Aero Line BAGI kebanyakan pelajar universiti, bekerja sambilan mencari pendapatan sampingan menampung perbelanjaan adalah perkara biasa, namun anak muda kelahiran Merang, Terengganu, Zamri Khamis, 35, pengalaman itu cukup berbeza kerana memberi kesan besar dalam hidupnya. Ketika negara dilanda kegawatan ekonomi pada 1997, Zamri melihat satu peluang besar dalam sektor perkhidmatan penghantaran cepat atau 'courier' dan terus berusaha keras sehingga berjaya memiliki syarikat sendiri, Aero Line of Companies.





Semua bukan datang secara mudah kerana bekas 'mat despatch' ini terpaksa menempuh pelbagai pahit maung dan cabaran untuk berjaya. Bermula kerja sambilan sebagai penghantar surat dengan bayaran elaun RM5 sehari, seterusnya menjalani latihan amali di syarikat yang sama di Pulau Pinang, Zamri bertekad untuk bergerak lebih jauh kerana melihat potensi dalam sektor itu. "Lapan tahun saya bekerja menghantar surat dan timbul keinginan kuat untuk membuka perniagaan sendiri berbekalkan pengalaman yang ada. Di sebelah pagi, saya lengkap beruniform 'mat despatch' dan petangnya saya mencari pasaran.





Saya cukup memahami liku hidup 'mat despatch', faham apa masalah mereka sebab itu apabila berjaya membuka perniagaan sendiri, saya masih lagi menghantar surat atau dokumen. Ilmu yang ada perlu dikongsi dengan mereka sebab ia akan sentiasa berkembang.

"Jika ada masalah dengan pelanggan, saya sendiri akan turun padang. Misalnya berlaku masalah tak jumpa tempat penghantaran, saya akan cabar mereka untuk pergi semula dengan saya dan kami sama-sama bincang bagaimana strategi buat penghantaran tepat dan sistematik.

"Saya sendiri pernah merasai rekod penghantaran 90 tempat pada satu hari, jadi saya percaya pekerja saya juga boleh buat yang sama jika ikut jadual dan merancang secara sistematik," katanya yang juga Pengerusi Kumpulan Aero Line of Companies.

Bermula dengan modal RM30,000 hasil dorongan rakan dan keluarga, beliau membuka perniagaan dengan 10 kakitangan dan kini berdiri teguh apabila kakitangan di bahagian penghantaran bertambah kepada 190 orang di semua 14 cawangan seluruh negara termasuk di Kuching, Sarawak.
Rahsia kejayaannya cukup mudah kerana beliau sentiasa berpegang kepada konsep jangan tamak, jangan boros atau hemat berbelanja, sentiasa menjaga disiplin kerja serta bijak merancang perbelanjaan syarikat mengikut kemampuan.

"Saya masih kekalkan disiplin ketika kerja menghantar surat. Tepat 8.30 pagi, saya mesti ada di pejabat kerana saya percaya kepada konsep kepimpinan melalui teladan. Jika ada penghantaran khas pada hujung minggu, saya sendiri akan hantar.

"Pekerja juga perlukan rehat dan hanya akan bekerja lima hari seminggu, jadi tiada masalah jika saya sendiri buat kerja mereka kerana saya juga sama seperti mereka. Saya juga orang susah," katanya.

Selain itu, keinginan kuat untuk mendalami ilmu perniagaan mendorongnya melanjutkan pelajaran dan berjaya memperoleh Sarjana (Master) dalam bidang pengurusan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan menegaskan, semuanya bertujuan menambah pengalaman walaupun sibuk menguruskan syarikat.

"Ilmu akan memantapkan pengurusan dan dikongsi dengan pekerja. Sebilangan besar pekerja saya hanya mempunyai pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi kini ramai antara mereka yang bersama saya sejak awal penubuhan syarikat sudah dilantik sebagai pengurus atau penolong pengurus.

"Ada langsung yang tidak pernah sentuh komputer, tetapi kini mereka cukup mahir dalam pelbagai program. Itu yang membanggakan saya kerana berjaya mendidik dan memberikan mereka ilmu. Jika saya boleh berjaya, saya mahu mereka juga berjaya," katanya.

Terima caj perkhidmatan RM25 sebulan ketika mula berniaga

ZAMRI pernah mendapat caj bayaran perkhidmatan hanya RM25 sebulan dari OCBC pada peringkat awal menjalankan perniagaan. Kini, Zamri boleh berbaggga kerana caj bayaran perkhidmatan dari bank itu bertambah kepada RM12,000 sebulan.

Pelanggan pertamanya ialah RHB yang banyak memberi kepercayaan kepadanya dengan membayar caj bulanan RM1,000 sebulan dan kini meningkatkan perkhidmatan dengan bayaran RM60,000 sebulan.

Kini, keuntungan tahunan syarikat penghantaran, Aero Line Services Sdn Bhd bagi 2007 merekodkan pendapatan RM3.45 juta dan pendapatan tahun 2008 berakhir September ini, dijangka meningkat kepada RM4.2 juta. Keuntungan kumpulan mencatatkan RM6.5 bagi tempoh sama tahun lalu.

Pemuda yang masih bujang ini juga pernah menolak tawaran kerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik serta tawaran lumayan dari Petronas dengan alasan, jika syarikatnya ditutup, ia bermakna hampir 200 kakitangannya akan kehilangan kerja.





Profil:
-Zamri Khamis
-Tarikh lahir: 12 Januari 1973
-Tempat lahir: Merang, Terengganu
-Anak kedua daripada empat beradik
-Status: bujang
-Ayah: Khamis Omar (Allahyarham)
-Ibu: Khazanah Abdul Hamid, 65.
-Pendidikan 1) Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah 2) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Beseri tahun 1990 3) Matrikulasi Kolej Mara, Kulim, Kedah 1992 / 1993 4) Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (1995 - 2000) - Sarjana Muda Pengurusan 5) Sarjana (Master) dalam Pengurusan Perniagaan - di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam - 2004.


-Senarai anak syarikat Aero Line of Companies:
-Aero Line Services Sdn Bhd.
-Aero Line Boutique Services Sdn Bhd
-Aero Line Worl Wide Sdn Bhd
-Aero Line Motor Sdn Bhd
-Premassa Sdn Bhd

Read more...

Kereta Oh Kereta

Aku 2-3 hari nie memang takder langsung mood nak update blog aku nie...bukan sebab tak ramai orang nak baca blog aku nie, tapi aku tengah tension mengenangkan kereta proton waja aku tue... asyik memanjang jer ada masalah..

Sedangkan keta proton waja aku tue punyalah aku jaga.. servis memang on time lah..tapi tahun nie saja, dah 2 kali kena masuk bengkel... first masa pergi kuantan masa bulan 3 hari tue, timing belt boleh putus pulak walaupun ada lagi 20,000 km baru nak kena ganti..melayang ler RM1,000..

Ingatkan dah abis problem tu...last2, masa on the way balik ke KL 3 hari lepas, boleh pulak kereta aku overheated kat highway dekat2 exit Bidor... masuk bengkel kat situ dan pomen situ bgtau kena overhaul enjin tue dan kos estimate dalam RM1,900. Aku dah memang angin giler... dan aku dah nekad, bulan depan aku kena start cari keta lain selain dari proton ... aku menyampah dah dengan keta nasional nie... baik cari keta import lagi bagus... tapi yang peliknya, keta kancil aku yang aku travel 100km setiap hari tak pernah pulak timbul masalah macam nie.. sedangkan waja aku tue, wife aku guna untuk ke ofis jer tiap2 hari, tak sampai pun 20km pergi balik.. tue yang buat aku hangin, kereta yang aku lenjan ok jer...kereta yang aku jaga, lagi buat perangai..

Since dah terlanjur aku dok cerita pasal kereta nie, aku ingat nak touch sikit pasal bisnes jual kereta terpakai nie... ada gak ler member aku yang buat bisnes used car nie.. sebenarnya bisnes used car nie takder ler seteruk mana pun, untung pun masyuk gak lagi2 kalau jual kereta recond.. actually, bisnes used car nie bukannya setakat untung dari perbezaan harga jual dengan harga beli jer... kadang2 ada jugak si tokey used car nie sanggup rugi atau breakeven biler jual kereta tue sebab dia nak makan lain2 income yang bersangkut paut ..

korang bayangkanlah... selain untung dari perbezaan harga jual dengan harga beli.. tokey kedai nie akan dapat handing fee dari bank lebih kurang RM600 sebuah ( itupun kalau loan lebih RM20,000), dapat lagi komisen insuran, processing fee chargekan atas customer dan sandblasting income. So memang untung ler bukan bisnes nie, tapi kena ada modal besar sikitlah...

Aku rasa risiko utama untuk bisnes nie biler interest HP tiba2 naik, mcam bulan Ogos nie, aku pergi survey Nissan Grand Livina dan tanya salesman tentang interest HP dan dia jawab sekarang sudah naik 3.99 % la ...baru 2 minggu naik. Kalau tak, tak sampai pun 3%.. memang menyesal tak beli awal2... mungkin aku pun tak jadi nak angkat keta mahal2 nie mengenangkan interest yang mahal nie... So biler interest HP naik, bisnes used car pun akan affected gak, yer la, sapa yang nak beli keta kalau interest naik melampau... baik beli keta baru jer kalau camtue..

Lagi satu tentang used car nie, kalau korang nak beli used car, baik beli used car kat luar lembah klang pasal harga dia akan murah sikit kerana kadar sewa kedai/tanah dia memang murah compare dengan sewa kat KL... so harga kereta pun akan jadi murah gak...

ok..Chow.. nanti2kanlah keta baru aku nanti...CUbalah teka...

Read more...

Hangat-Hangat Tahi Ayam

Aku sebelum nie banyak sangat planning nak buat bisnes tapi tak pernah2 jadi sampaikan member2 aku semua pakat kutuk setiap kali aku nak buka mulut nak buat bisnes.. mereka memang dah expect yang projek yang aku nak buat tue mesti takkan jalan punya lah...

Aku akui dengan kata2 mereka tapi tak salah kalau aku nak berangan dulu walaupun tak tahu projek bisnes aku tue akan jadi ke tak. Last2 diorang pun dah muak dengan aku dan tak percaya yang satu projek yang aku rancang takkan menjadi pun..diorang cakap memang mula2 nampak bersemangat nak buat projek tue tapi last2 jadi macam hangat2 tahi ayam.. cakap jer lebih tapi tak nampak hasil.

Banyak projek yang aku rancang kadang2 tak pernah bermula dan adakalanya pernah berjalan kejap je, lepas tue terus stop. Antara projek2 bisnes yang aku pernah rancang tapi tak pernah menjadi ialah projek jual aiskrim kon RM 1. Actually, aku dan member aku dah plan sampai jumpa supplier mesin aiskrim dgn cari tapak sekali tapi entah lah, asyik tertangguh2 pasal tak cukup modal terus tak jadi. Tokey kedai ( member aku gak) pun cakap tak payah ler buat, takut rugi jer.

So aku pun cancel projek tue.. Lagi projek bisnes aku yg dah running tapi tak menjadi contohnya mcam jual prepaid ( sampai setahun gak la), jual perfume ( stop pasal susah nak dapat stok dari member aku, dia pun kedekut nak bgtau siapa supplier dia), MLM ( company ni tutup pasal langgar undang2 Akta Jualan Langsung) dan Stormberg ( lesap RM10 ribu tak sampai seminggu, aku masuk 15/7/07 ( hari jumaat), hari 18/7/07 ( isnin) terus company kena raid dengan bank negara).

Tapi ada gak projek bisnes yang menjadi contohnya projek jual kuih raya masa bulan posa, memang laku habis tapi masalahnya tak cukup supply sebab supplier tak cukup tenaga kerja nak siapkan order kuih yang melambak tue.

Sekarang nie plak, aku baru bergiat nak jadi agent Public Mutual, baru je lepas exam last month. Aku harap this time aku boleh success dan tak lagi gagal mcm dulu. Hopefully, aku boleh earn income from this profession separuh dari full time job aku pun dah cukup bagus. Kalau gagal gak, confirm member2 aku kutuk aku lagi... eheehheehe....

Read more...

Jual Gas Memasak

Kali nie aku nak cerita pasal bisnes yang quite simple tapi dia punya untung agak lumayan gak ler pada sesetengah orang. Bisnes yang aku maksudkan kat sini ialah jual gas memasak..

Kalau korang pernah nampak atau dengar bunyi hon lori yang akan selalu pusing taman-taman perumahan untuk alert orang ramai yang dah abis gas untuk memasak untuk beli gas dari diorang.. kiranya ala2 style lori paper lama yang pusing taman2 jerit.... old new paper!old new paper! surat kabar lama! surat kabar lama!

Sebenarnya operasi perniagaan gas nie nampak senang bagi aku la.. Pada sebelah pagi, si tokey akan bawa lori pusing2 taman sambil cari customer baru ataupun cari regular customer, semua bayaran adalah cash on delivery, so memang takder masalah hutang la. Agak2 dalam pukul 2-3 tue, mungkin semua stok gas akan sold out dan tokey nie akan terus pergi ke tempat supplier dia untuk replenish stok dia.. tapi bab beli nie dia pandai, dia akan ambik hutang ( selalunya dalam tempoh seminggu jer dapat kredit). Korang boleh beli supply gas nie daripada pengedar gas yang terdekat. So proses nie akan dia ulang tiap2 hari.. cash yang dia dapat tue mungkin dia boleh letak dalam bank untuk dapat sikit interest.

Kalau diikutkan belanja operasi bisnes nie la, cuma belanja untuk minyak lori dan repair lori jer..sekali dengan bayaran ansuran lori. Lainlah kalau korang nak ambik pekerja. Tapi bagi aku, setakat nak dapat decent income lebih kurang RM5-7 ribu sebulan, baik buat sendiri jer dari nak upah2 orang. Bukannya berat pun nak angkat tong gas tue..

Kekadang tue, korang siap boleh dapat lori free lagi kalau supplier gas tue nak promote gas dia gak... so korang dah untung dari bayar bulan2 untuk lori dah. Jadi for those yang berminat untuk menjalankan perniagaan ni, boleh la try. Baik kepada yang dah ada lori...boleh terus try, buat permulaan modal nak beli stok lebih kurang berapa jer... satu lori 1 tan berapa tong gas boleh masuk, katakan 100 tong. satu harga gas lebih kurang RM20 jer... so baru RM 2,000 jer. Tak mahal sangat pun...

Selamat mencuba.!!!!!

Read more...

Peta Rumah Aku

Hello,

Aku sebenarnya baru sajer lepas view google map sambil-sambil cari rumah aku kat taiping... memang excited giler aku cari rumah aku tue tapi sayang la pulak, rumah aku tue dikaburi dek awan, so tak nampak la bumbung rumah aku tue.. tapi aku letak gak la sign dalam map tue kot2 ada yang nak cari jalan rumah aku tue...

Oh yer, ko pun boleh cari rumah korang sendiri kat dalam map tue.. korang boleh masuk kat website http://wikimapia.org kalau korang nak tengok satu dunia pun boleh, sampaikan tempat korang tak pernah sampai pun boleh gak contohnya mcm padang pasir sahara dan kutub selatan.

Bercerita tentang rumah aku kat kampung nie... nak beritahu ler kat korang yang rumah ayah aku tue sedang under renovation..dah nak siap dah pun. Dekat 20 tahun ayah aku pencen, baru sekarang dia nak perbaiki rumah tue, tambah2 pulak aku dah nak kawin hujung tahun nie.. Yerlah, masa pencen askar dulu, ayah aku tak guna duit golden handshake yg dia dapat tue buat perbaik rumah tapi dia buat benda lain.

Instead buat nikah lagi satu atau buat rumah, ayah aku guna duit tue buat pelihara ayam puyuh kat belakang rumah aku tue.. masa tue zaman tahun 1989 tak silap aku, aku pun masih dalam standard 3. Banyak gak ler ayah aku bela buat berniaga tapi tak lama kemudian, tutup pasal tak laku. Yerlah, zaman tue burung puyuh pun ramai orang tak kenal lagi, lagipun, aku masa tue masih kecik lagi, kalau tak boleh gak bantu dalam bab marketing...

Tapi lepas tue, aku ingatkan ayah aku dah serik. Dia pi bela arnab pulak, pun 2 kali lima mcm burung puyuh,, bungkus gak. Tapi aku memang seronok masa bela arnab tue, dapat rasa daging arnab yang manis tue... Lepas tue, ayah pun stop buat bela2 haiwan ni.. mungkin modal pun dah kering kot...

Ayah aku tukar profesion dari bela binatang ke peniaga pasar malam. Aku memang salute dengan ayah aku nie...memang otak bisnes jer dan tak pernah give up untuk mencuba. Aku selalu ikut ayah aku pergi berniaga dulu..ala jual bihun sup jer. Dah puas berniaga pasar malam, ayah aku dapat pulak permit teksi, terus sampai sekarang nie dok bawa teksi lagi.. periuk belanga yang berniaga pasar malam tue ayah aku bagi kat pakcik aku buat berniaga benda yang sama gak.

La nie, ayah aku still bawa teksi untuk tampung belanja family aku..dapat gak la bawa 4 orang anak masuk universiti termasuk aku nie.. Pernah dalam zaman 90an dulu, masa tue orang sibuk dok main saham, ayah aku pun main sekali, sampai rugi dalam RM50 ribu ler... tapi ayah aku tak daya nak cakap apa pasal benda dah nak jadi.. sama ler macam aku hari tue, rugi RM10 ribu masuk skim cepat kayap tahun lepas...

Baru awal tahun nie, ayah aku dapat settle hutang ASB dengan bank, dapatlah lebih kurang RM50 ribu untuk perelok rumah kat kg tue..yerlah, keluarga dah bertambah pasal menantu nak masuk jadi tiga orang.. nanti raya semua nak berkumpul, kena lah tambah bilik untuk diorang bermalam. Takkan nak biaq diaorang tido kat hotel kot..

Lastly, untuk ayah aku yang tersayang, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana mendidik aku hingga aku menjadi seperti hari ini. Tanpa dia, aku rasa aku mungkin takkan sampai ke tahap sekarang... chow..

Read more...

Kolam Udang Dalam ShopLot

Dua hari lepas aku pergi jumpa my friend kat Restoran Haslam dekat dengan Hospital Tawakkal Jalan Pahang tue... since anak dia kena hospitalised sebab kena penyakit HFMD. Entah kebetulan kot, si tokey kedai , Dato Yusoff Haslam tue ada juga tengah pekena roti canai dekat sebelah meja kitaorang.. tapi kitaorang takdeler nak minta autograf ataupun nak mintak jadi pelakon kat dia tue, sini bukannya Hollywood sampai artis kena serbu.



Member aku nie tengah dok plan nak buka bisnes baru kat area Rawang.. sebab kat sana sewa shoplot cuma RM1,000 ribu jer.. not bad ler. tapi ader ker market kat area situ? Member aku confident cakap bisnes dia nie target for kaki pancing jer mostly mat-mat kilang kat area situ.



Aku tanya dia nak buat bisnes aper? Dia cakap hari tue dia ada sembang dengan sorang tokey kolam udang kat SUngai bUloh tentang prospect business kolam udang tue. TOkey tue pun bagitau kat dia yang satu hari average boleh untung bersih lebih kurang RM1,000. Aku pun terkejut biler dengar untung besar mcam tue..macam tak caya jer aku...



Actually, menurut member aku nie, kolam udang nie dibina di dalam ruang kedai yang akan disewanya tue.. tak besar pun.. cukup2 ikut keluasan k edai tue la. AKu pernah perasan kedai macam nie kat bandar Klang, tapi since aku bukannya kaki pancing, so aku tak perasan ler ramai ker tak orang dok pancing dalam kedai tue.. SO ikut cakap tokey tue, kos pembinaan kolam udang tue dan campur segala kos seperti sistem air ( nak bagi air tue masin ) akan melibatkan kos RM50,000 jer.. so kalau untung sehari RM1,000 sehari , lebih kurang 2 bulan dah boleh balik modal.



Ikut cakap member aku tue, udang yang diletak dalam kolam tue sebenarnya udang harimau.. sehari, tokey tue letak lebih kurang 50 kilo.. satu kilo boleh dapat RM 40..so kos beli udang sehari RM2,000. Tapi udang tue diletakkan ke dalam kolam secara berperingkat..takderlah tuang sekaligus..mahu tak balik untung kalau mcam tue. Setiap sejam akan dikenakn bayaran sebanyak RM15 sejam.. average seorang pemancing akan dok kat situ selama 2-3 jam. so sehari boleh dapat kutipan RM3,000 . Tolak dengan kos udang RM2,000, dapatlah untung RM1,000.



LAgi satu, tokey tue siap jual rokok dengan air lagi kat pelanggan2 dia tue... tambah lagi satu bisnes sampingan. And then, untuk mengambil hati customer dia, kalau ada pemancing yg takder ong ( kirenya tangkapan udang kureng), tokey tue akan bagi free udang2 yang dah mati ( mati sebab terkena umpan dan lain2). kirenya, customer tue rasa berbaloi la dan akan datang semula. Takderler orang rumah nak mengamuk kalau pulang dengan tangan kosong.. ( ataupun orang rumah fikir betul ker laki dia nie pergi mancing kalau pulang dengan tangan kosong)



So aku berdoa dan berharap agar member aku nie selamat berjaya membuka perniagaan nie.. harap jangan hangat2 tahi ayam sudah. Pada pembaca blog nie, hope ada antara u all yang berani menyahut cabaran untuk memasuki perniagaan ini.

Read more...

Jual Jeans Style Baru

Hello,


Aku ada terbaca mengenai jeans style baru yg memang seksi giler la. Aku rasa takder lagi org Malaysia yg berani nak pakai jeans macam tue... tapi entahlah, aku tengok minah pakai tudung pun ramai gak pakai baju singkat sampai boleh nampak punggung kalau minah tue duduk, so aku tak hairan kalau ada minah2 yang akan berani pakai jeans nie kalaulah jeans nie ada dijual di Malaysia.


So maybe ada antara korang yg mungkin boleh ambik peluang untuk jual jeans nie kat pasar2 uptown ker.. kot2 boleh laku macam pisang goreng kot. Kat bawah nie aku sertakan a few pictures of that jeans so korang boleh judge samada jeans boleh jual ke tak kat negara kita nie...




Read more...

Menternak Ketam Dalam Rumah

Dalam artikel kali ini, aku ingin berkongsi satu peluang perniagaan yg telah disampaikan oleh member satu ofis dengan aku last week. Mungkin korang boleh cuba, kot2 boleh berjaya giler.. maner tau yer tak? Nie aku copy bulat2 dari artikel yg aku dapat tue... member aku tue pun dapat dari blog kat link ni :-





Ini adalah petikan blog tersebut:


They say caring is sharing. Then I would like to share what I have learn during the weekend. If you are interested, then just participate, we require more farmers for the export market.The course was located in Adamson Hotel, Kuala Lumpur.





A first time for me to be in this hotel although I knew where KL International was before. Not much of participant though, about 30 people I think. Not many aware of the advertisement as it was one inch square of size of ads in Harian Metro.Nevertheless, those who alert with this kind of business, they came here and learn the trick of how to rear Crabs in Fibre Reinforced Plastic (FRP) Tank. These are the wishful participants. Quite many huh?




Well, when you talk about crab, many will find that there is some kind of stigma or taboo that says most of brackish water crab are HARAM as they live in two different environment - water and land. But this Ketam Nipah or scientifically called as scylla serrata is indeed a real crab that lives in water, got gills for respiration and what differentiate it with Ketam Batu is the Flipping Leg. The last rear legs is meant for swimming. The Ketam Batu, all the legs are sharp pointed, mainly for walking, therefore HARAM. I think enough about Halal and Haram... lets go on how to "ternak" this crustacean creature.




Its not that hard actually. They found this tecnique in Denmark. As we speak, they already made an automatic system that allows less supervision, while us here, still need to attend the KETAM in daily basis and traditionally feed them. But somehow, we put them in tanks with the flow of salty water, credit goes to the Denmark brain and technology. So, yes, we can have a set of 120 ekor of Ketam in our house, room, backyard of anywhere we think suitable. One set is RM6,000 and can accomodate a prison like tank for each of 120 crabs.

How is the market for Ketam Nipah. I tell u, its about RM28.00 per kilo. This program would require a participant to breed up until 500gram. So, if 120 ekor, then it would be errrr, RM1,500 for two months. That's the gross output la.... not yet subtracting the cost of rolling capital and such. Still dalam sebulan tu dapat la RM500.00.


The best ever business I have found so far. I've been to many courses and paper work - Vanilla, Cacing, Keli, Lembu, Kambing... but none can give me a handsome income in just two months PLUS with little capital.... Wa cakap lu, this business is very good one!!!


We were all surprise to see that the organizer even brought some living model into the hall. This one is just one month old... I mean only "satu kali bersalin kulit" (first moulting). The participant will have to take care of the Ketam up until they moulting for second time. Then when the Crab reach almost 500gram, then it will be taken for sale or export to Singapore or Shanghai or whenever la.








Can't wait to start. Yang sakit nyer, satu set tangki tu RM6,000........ any sponsor?Bank Pertanian kot. My conclusion is that - my search for side income business ended here. I have found the better deal. I may start this anytime now, until it stable, then I will go for next better business.





Read more...

Audit Techniques Guidelines

Assalamualaikum to all my readers,

First of all, aku minta maaf pasal lama giler tak updatekan blog aku ni. Tapi aku berazam mulai hari ini aku akan cuba sebaik mungkin untuk mengupdatekan blog aku ini at least seminggu sekali.

Memandangkan aku ni terlibat dalam industri audit, so artikel kali ini aku ingin berkongsi dengan pembaca lain yang kemungkinan terlibat dalam industri yang sama dengan aku. Aku harap artikle ingin sedikit sebanyak membantu mereka dalam menyelesaikan kes-kes audit mereka samada mereka dari LHDN, Kastam, BPR dan lain-lain.

Dalam menjalankan kerja-kerja pengauditan , adalah amat penting bagi kita cuba memahami jenis perniagaan yang kita auditi tersebut dengan jelas dan teliti. Jadi aku akan cuba memasukkan beberapa jenis industri/perniagaan supaya para pembaca akan dapat memahami industri/perniagaan tersebut dengan lebih jelas dan seterusnya dapat membantu menyelesaikan kes audit tersebut.

Walaubagaimanapun, teknik audit dalam industri tersebut adalah dipetik dari halaman web negara-negara lain dan bukannya di Malaysia, jadi akan ada perbezaan dengan industri tersebut di negara tersebut dengan industri di negara kita. Tetapi, at least ia akan memberi sedikit gambaran dalam membantu kita memahami industri/perniagaan tersebut.


Disebabkan blog nie tak boleh untuk attachkan file-file untuk tatapan korang, jadi, apa yang aku boleh buat ialah letakkan address website tersebut untuk korang downloadkan sendiri.

Alamat website tersebut ialah

http://www.irstaxattorney.com/Audit-Techniques-Guide/Audit_Techniques_Guide.html


Diharap ianya membantu anda semua.

Read more...

Study dan Kerja di Oversea

Buat pengetahuan korang, aku nie dari zaman budak sekolah teringin sekali nak rasa belajar kat oversea especially kat London ataupun US. Oleh sebab itu, aku pun telah belajar bersungguh2 dan akhirnya,berpeluang mengikuti program perakaunan professional selepas SPM di mana aku sepatutnya dikehendaki menghabiskan diploma selama 3 tahun di Malaysia dan kemudiannya akan dihantar ke Ireland untuk menghabiskan ijazah dan perakaunan professional.



Tetapi bak kata orang tua, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukannya. Pada tahun berkenaan, pihak MARA telah mengambil keputusan untuk tidak menghantar student2 tajaannya ke oversea disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia dan seluruh dunia. Hancur berkecai impian aku masa tue. Yerlah, aku ni bukannya anak orang kaya yg boleh pergi ke sana anytime.



So only a few yang dapat pergi ke Ireland and most of them are come from rich family. Tetapi bagi yang tak mampu mcm aku nie, terpaksa habiskan study di Malaysia sahaja dan alhamdullilah, aku berjaya habiskan aku punya study dan part yang paling seronok, pinjaman pelajaran aku yang sebanyak RM70k tue diconvertkan menjadi scholarship... hehehe, tak perlu pening kepala mcm budak2 PTPTN yg dok menanggung hutang sampai ke sudah.



Tapi ada jugak yang walaupun dari keluarga yang tak mampu, berjaya jugak terbang ke sana sampaikan terpaksa bergolok bergadai dengan meminjam dari saudara mara dan tak lupa jugak dari Bank Rakyat. Aku memang salute habis kat 2 orang kawan aku tue yang sanggup mengambil risiko untuk ke sana walaupun tau duit tue memang tak cukup.



Member aku yang first tue memang datang dari keluarga yang susah dan dia terbang ke sana pun sebab terpaksa. Alkisahnya, dia nie dijanjikan oleh satu keluarga orang kaya untuk menanggung kos study dia kat sana, tetapi last2 minute family kaya tue buat2 tak tau. Oleh sebab kenduri doa selamat dah pun buat, dari menanggung malu kat saudara2 mara, member nie pun pergi gak ke Ireland sampaikan terpaksa bergolok gadai. Tapi itulah, nak dijadikan rezeki dari Tuhan, aku rasa macam tak sampai setahun kot, tetiba aku dan member2 aku dapat kad jemputan kawin dia. Kitaorang pun mcm tak percaya gak, yerlah, mamat nie bukannya mamat cintan dan lagipun, takkanlah tak abis study dah gatal nak kawin. Rupa2nya member aku nie dapat jodoh dengan anak orang kaya kat Penang tue, kalau aku bagitau sapa bapa mertua dia, mesti korang kenallah... ala tokey si Brahim tue.. memang terkejut giler aku dan member2 lain.



Macam cerita dalam TV lah pulak...tapi apa yang ceritakan kat sini memang fakta dan bukannya
rekaan semata2. Esok aku akan ceritakan satu kisah mengenai sorang lagi member aku tue... yang nipun dah panjang sangat.. so lesson yang kita boleh dapat dari cerita aku tue ialah rezeki orang memang tak boleh dijangka, hari nie mungkin dia anak orang miskin, tetapi esok lusa mungkin dia jadi menantu orang kaya.



Yg aku salute member aku nie, dia tak lupa diri walaupun dah kawin dengan anak org kaya... dan dia masih di Ireland lagi dan aku dengar dia baru jer beli rumah harga 300,000 euro kat sana.



Biler aku pulak nak jadi kaya mcam dia????

Read more...

Usahawan Tani

Aku selama nie tak pernah tau bahawa rupa-rupanya ada orang yang tak perlu keluarkan duitpun untuk mendapatkan tanah bagi bercucuk tanam.

Last week, aku jumpa member lama aku sambil lepak minum2 kat kedai mamak. Dia beritau aku yang pakcik dia ada tanam halia besar-besaran. Luas kebun dia lebih kurang 18 ekar...

Bab tue aku tak terkejut sangat pasal biasalah kalau nak jadi pekebun mestilah ada kebun yang luas, kalau tak, tak berbaloi mandi peluh angkat cangkul. Member aku tue pun bagitau yang pakcik dia tue tak keluarkan sesen pun untuk dapatkan tanah seluas tue... aku pun musykil gak, ada ker orang bagi free kat sesapa untuk usahakan ataupun pakcik dia tue teroka tanah haram?

Rupa2nya, pakcik dia tue buka kebun bawah kabel pencawang TNB yang besar tue.. ikut cakap member aku tue, TNB tak pernah minta apa2 bayaran2pun dari pakcik dia sejak dia buka kebun tue dari tahun 1980an dulu. Tapi ada syarat2 tertentu, contohnya, pakcik dia tak boleh buat sebrang bangunan bawah kabel tue dan pihak TNB takkan bagi notis untuk datang ke pencawang tue, maknanya, TNB boleh datang anytime dan langgar sayur2 yang menghalang laluan ke pencawang tue....

Aku pun macam tak percaya gak dengar cakap member aku tue, tapi aku check dengan a few member2 lain, memang betul la apa yg dia cakapkan. Korang bayangkanlah dengan tanam halia tu jer, income sebulan pakcik dia tue boleh mencecah 5 angka bersih.

So bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan tani tetapi tak tau untuk dapatkan tanah, aku suggest korang pergilah check kat pejabat tanah dan pejabat TNB untuk dapatkan maklumat bagi mana2 tanah pencawang TNB yang still available untuk diusahakan.

Selamat berjaya aku ucapkan.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP